Tuesday 21 January 2014

CARA MEMBEZAKAN MADU ASLI DAN TIRUAN

Madu termasuk produk yang mudah dipalsukan. Dengan menjual madu palsu, keuntungan besar akan diraih. Membuat madu palsu tidak sesukar menghasilkan madu yang asli. Maka madu palsu lebih banyak beredar di pasaran berbanding madu asli dan tulen.

Rasa, kualiti, dan khasiat madu palsu/tiruan tidak akan sama dengan madu asli, bahkan madu tiruan yang dicampur dengan gula dan bahan lain boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan selalu. 

Madu asli adalah madu yang dihasilkan dari nektar bunga yang dihisap oleh lebah madu dan kemudian masuk ke dalam kantung madu dalam tubuh lebah. Nektar bunga bercampur dengan enzim dalam lebah kemudian dikeluarkan semula di tempat penyimpanan madu di sarang lebah.

Kandungan madu asli beraneka jenis bergantung pada sumber nektar bunga. Khasiat madu asli juga berbeza-beza bergantung pada nektar bunga. Namun dari mana pun nektarnya, madu asli merupakan sumber gizi yang lengkap. Madu asli mengandungi Vitamin-Mineral, Protein, Carbohydrate substances, Hormon, Antibiotik dan trace elements, Vitamin A, semua jenis vitamin B kompleks, beta carotene, Vitamin C, D, E dan K. Mineral dalam bentuk garam: Mg, S, Fe, Ca, Cl, K, Y, Na, Cu, dan Mn.

Madu asli mengandungi enzim aktif yang tidak dapat dihasilkan manusia. Enzim inilah unsur paling penting dalam madu yang berfungsi sebagai kelangsungan reaksi kimia biologi dan sistem metabolisme dalam tubuh.
Enzim dalam madu merupakan enzim terbaik yang dapat diperoleh dari semua jenis makanan yang ada.

Kebanyakan madu yang beredar di pasaran adalah madu tiruan atau tidak asli 100%. Namun dengan mengetahui sifat dan kandungan madu, dapat dinilai antara yang “asli” dan “palsu” serta kualitinya. Antara jenis pemalsuan madu:
  1. Pemalsuan JUMLAH, dilakukan dengan mencampur madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya mencampur gula atau madu buatan yang lebih murah dan kemudian digaul bersama madu asli.
  2. Pemalsuan KUALITI, dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang asalnya tinggi, lalu diturunkan dengan kaedah pemanasan.
  3. Pemalsuan MENYELURUH, yakni madu yang diklaim “asli” padahal ia 100% tiruan, bukan madu yang berasal dari lebah.

Secara mata kasar amat sukar untuk membezakan. Perlu kepada ujian kuantitatif. Melalui ujian kuantitatif, madu dianggap palsu atau ditambahkan sesuatu apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik/turun, kadar abu menjadi naik/turun, konduktiviti elektrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun, warnanya terang, madu mengandungi PbCl2, PbSO4, anion dan kation.

Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimum 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasidan (pH) yang tetap sekitar 3.4-4.5, sedangkan pH madu palsu 2.4-3.3 atau di atas 5. Madu asli memiliki sifat khas memutar optic ke kiri yang boleh diperiksa dengan alat polarimeter.

Secara fizik, madu asli dan palsu dapat dibezakan dengan melihat ciri khas fizik madu asli sebagai berikut :
  1. Menitiskan madu pada sehelai kertas. Madu palsu akan mudah terserap pada kertas kerana kandungan airnya tinggi.
  2. Dengan mengocoknya. Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika dikocok.
  3. Mencampur dengan telur ayam/itik. Madu asli yang diadun bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.
  4. Tuang ke bekas berisi air. Madu asli akan terus jatuh ke dasar bekas, tidak bercampur dengan air dan air akan kekal jernih. Sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.
  5. Madu asli jika dituang ke dalam air hangat tidak akan pecah. Air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang tidak tulen (sudah dicampur), air akan lebih cepat menjadi keruh.

Sayangnya, saat ini banyak madu tiruan yang menyerupai madu asli sehingga cara-cara tersebut hanya dilakukan sebagai pertimbangan saja.

TIPS MEMBELI MADU ASLI

Tips untuk mendapatkan madu asli adalah membelinya dari penternak lebah yang dipercayai pada masa madu dituai, dapatkan maklumat tentang cara penternakannya. Jika tidak mampu membeli dari penternak lebah, bandingkan ciri-cirinya, dan bandingkan harganya dengan madu yang sama jenis. Jika harganya murah, boleh jadi ia madu tiruan.

Usahakan ketika membeli madu, kita mengetahui jenis nektar madu tersebut. Ini kerana setiap nektar mempunyai sifat dan karakter fizik yang khas dan berbeza antara satu sama lain. Khasiat dan kadar penyembuhan juga berbeza-beza.

Kandungan madu yang tidak boleh dipalsukan adalah wujudnya Enzim Diastase. Kandungan enzim diatase inilah salah satu yang diuji untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Ini kerana enzim ini hanya dihasilkan dari kelenjar air liur lebah.

Sumber artikel ini termasuk:
Dr.Abu Hana di http://kaahil.wordpress.com
Buku Terapi Madu, penulis dr.Adji Suranto,SpA. Penerbit Penebar Swadaya, Jakarta, 2007.
http://gizanherbal.wordpress.com/


2 comments:

  1. susah la nak pastikan yg tulen. madu tiruan jga skg ni dah seakan asli

    ReplyDelete
  2. susah la nak pastikan yg tulen. madu tiruan jga skg ni dah seakan asli

    ReplyDelete