Tuesday 21 January 2014

CARA MEMBEZAKAN MADU ASLI DAN TIRUAN

Madu termasuk produk yang mudah dipalsukan. Dengan menjual madu palsu, keuntungan besar akan diraih. Membuat madu palsu tidak sesukar menghasilkan madu yang asli. Maka madu palsu lebih banyak beredar di pasaran berbanding madu asli dan tulen.

Rasa, kualiti, dan khasiat madu palsu/tiruan tidak akan sama dengan madu asli, bahkan madu tiruan yang dicampur dengan gula dan bahan lain boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan selalu. 

Madu asli adalah madu yang dihasilkan dari nektar bunga yang dihisap oleh lebah madu dan kemudian masuk ke dalam kantung madu dalam tubuh lebah. Nektar bunga bercampur dengan enzim dalam lebah kemudian dikeluarkan semula di tempat penyimpanan madu di sarang lebah.

Kandungan madu asli beraneka jenis bergantung pada sumber nektar bunga. Khasiat madu asli juga berbeza-beza bergantung pada nektar bunga. Namun dari mana pun nektarnya, madu asli merupakan sumber gizi yang lengkap. Madu asli mengandungi Vitamin-Mineral, Protein, Carbohydrate substances, Hormon, Antibiotik dan trace elements, Vitamin A, semua jenis vitamin B kompleks, beta carotene, Vitamin C, D, E dan K. Mineral dalam bentuk garam: Mg, S, Fe, Ca, Cl, K, Y, Na, Cu, dan Mn.

Madu asli mengandungi enzim aktif yang tidak dapat dihasilkan manusia. Enzim inilah unsur paling penting dalam madu yang berfungsi sebagai kelangsungan reaksi kimia biologi dan sistem metabolisme dalam tubuh.
Enzim dalam madu merupakan enzim terbaik yang dapat diperoleh dari semua jenis makanan yang ada.

Kebanyakan madu yang beredar di pasaran adalah madu tiruan atau tidak asli 100%. Namun dengan mengetahui sifat dan kandungan madu, dapat dinilai antara yang “asli” dan “palsu” serta kualitinya. Antara jenis pemalsuan madu:
  1. Pemalsuan JUMLAH, dilakukan dengan mencampur madu “asli” dengan madu “palsu”, misalnya mencampur gula atau madu buatan yang lebih murah dan kemudian digaul bersama madu asli.
  2. Pemalsuan KUALITI, dilakukan dengan mengubah kadar air madu yang asalnya tinggi, lalu diturunkan dengan kaedah pemanasan.
  3. Pemalsuan MENYELURUH, yakni madu yang diklaim “asli” padahal ia 100% tiruan, bukan madu yang berasal dari lebah.

Secara mata kasar amat sukar untuk membezakan. Perlu kepada ujian kuantitatif. Melalui ujian kuantitatif, madu dianggap palsu atau ditambahkan sesuatu apabila; kadar sukrosa madu naik, kadar enzim naik/turun, kadar abu menjadi naik/turun, konduktiviti elektrik naik, kandungan pollen dalam sedimen turun, kandungan mineral turun, aroma dan rasa berubah, kandungan HMF (Hidroksi metal Furfuraldehid) berubah, kadar protein turun, warnanya terang, madu mengandungi PbCl2, PbSO4, anion dan kation.

Kandungan HMF yang merupakan produk pemecahan glukosa dan fruktosa pada madu asli maksimum 3 mg/100 gram. Madu asli juga memiliki keasidan (pH) yang tetap sekitar 3.4-4.5, sedangkan pH madu palsu 2.4-3.3 atau di atas 5. Madu asli memiliki sifat khas memutar optic ke kiri yang boleh diperiksa dengan alat polarimeter.

Secara fizik, madu asli dan palsu dapat dibezakan dengan melihat ciri khas fizik madu asli sebagai berikut :
  1. Menitiskan madu pada sehelai kertas. Madu palsu akan mudah terserap pada kertas kerana kandungan airnya tinggi.
  2. Dengan mengocoknya. Madu asli akan membentuk gas atau wap air jika dikocok.
  3. Mencampur dengan telur ayam/itik. Madu asli yang diadun bersama telur akan membentuk gumpalan dan rasa telur berubah menjadi seperti sudah digoreng.
  4. Tuang ke bekas berisi air. Madu asli akan terus jatuh ke dasar bekas, tidak bercampur dengan air dan air akan kekal jernih. Sedangkan madu palsu cenderung akan menyebar.
  5. Madu asli jika dituang ke dalam air hangat tidak akan pecah. Air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang tidak tulen (sudah dicampur), air akan lebih cepat menjadi keruh.

Sayangnya, saat ini banyak madu tiruan yang menyerupai madu asli sehingga cara-cara tersebut hanya dilakukan sebagai pertimbangan saja.

TIPS MEMBELI MADU ASLI

Tips untuk mendapatkan madu asli adalah membelinya dari penternak lebah yang dipercayai pada masa madu dituai, dapatkan maklumat tentang cara penternakannya. Jika tidak mampu membeli dari penternak lebah, bandingkan ciri-cirinya, dan bandingkan harganya dengan madu yang sama jenis. Jika harganya murah, boleh jadi ia madu tiruan.

Usahakan ketika membeli madu, kita mengetahui jenis nektar madu tersebut. Ini kerana setiap nektar mempunyai sifat dan karakter fizik yang khas dan berbeza antara satu sama lain. Khasiat dan kadar penyembuhan juga berbeza-beza.

Kandungan madu yang tidak boleh dipalsukan adalah wujudnya Enzim Diastase. Kandungan enzim diatase inilah salah satu yang diuji untuk menentukan madu itu asli atau tidak. Ini kerana enzim ini hanya dihasilkan dari kelenjar air liur lebah.

Sumber artikel ini termasuk:
Dr.Abu Hana di http://kaahil.wordpress.com
Buku Terapi Madu, penulis dr.Adji Suranto,SpA. Penerbit Penebar Swadaya, Jakarta, 2007.
http://gizanherbal.wordpress.com/


Tuesday 7 January 2014

KEUNIKAN MADU SIDR DAN SUMMUR


Madu Sidr dan Summur dari Lembah Hadramaut dikatakan sebagai madu terbaik dan termahal di dunia serta mendapat permintaan yang cukup tinggi dari seluruh pelusuk dunia kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Madu Sidr dan Madu Summur kedua-duanya adalah madu mono-floral di mana lebah-lebah madu Sidr hanya menghisap nektar bunga Sidr, manakala lebah-lebah madu Summur hanya menghisap nektar dari bunga Summur (atau samrah). Ia tidak mengambil nektar dari bunga-bunga lain, berbeza dengan madu poly-floral yang lebah-lebahnya menghisap nektar dari pelbagai jenis bunga.

Dari segi kualiti dan khasiat, madu monofloral adalah lebih baik, dan jumlah madu yang dihasilkan juga agak terhad menjadikan harganya lebih mahal berbanding madu-madu asli yang lain. Warna dan aroma madu sangat bergantung pada nektar bunga yang menjadi makanan sang lebah.

Penghasilan madu Sidr dan Summur di Lembah Hadramut dilakukan secara tradisional sepenuhnya sejak ratusan tahun dahulu tanpa menggunakan teknologi moden. Madu yang dihasilkan tidak diproses dan tidak ditambahkan dengan bahan-bahan lain bagi mengekalkan khasiat dan memastikan keaslian dan ketulenan madu.

Lebah-lebah tidak diberi minum air gula atau antibiotik seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan penternak madu di tempat lain. Penternak lebah moden biasanya memberi air gula kepada lebah bagi memastikan produktiviti yang cepat dan berterusan, serta bagi mengelakkan lebah 'lari' atau berpindah sarang ke tempat lain. Namun kajian menunjukkan bahawa tindakan ini menyebabkan khasiat dan bakteria baik yang sepatutnya ada di dalam madu yang dihasilkan itu hilang.

Madu Sidr dan Summur asli telah popular sejak zaman dulu sebagai penyembuh pelbagai jenis penyakit, digunakan sebagai ubat-ubatan sejak sebelum berkembangnya perubatan moden dan farmaseutikal. Madu ini mengandungi kadar anti-oksida yang sangat tinggi, bahkan aroma dan rasa madu itu sendiri cukup enak dan sukar dilupakan.

POKOK SIDR / BIDARA / JUJUBE

Pohon Sidr juga dikenal dengan sebutan sebagai pohon Lote, Jujube, Christ's Thorn, pohon Nabkh. Ia adalah sejenis pohon bidara. Nama Botanicalnya adalah Ziziphus Spina-Christi merupakan sebuah pohon tua. Dikatakan bahawa buah Sidr adalah buah pertama yang dimakan oleh Nabi Adam 'alaihissalam ketika diturunkan ke bumi (wallahu a’lam, sila semak).

Pokok Sidr ini dikatakan sebagai pokok yang suci dan disebutkan sebanyak empat kali di dalam Al-Quran, misalnya dalam Surah Saba disebut sebagai pohon di bumi, manakala dalam Surah Al-Najm disebut sebagai pohon di Syurga yang paling tinggi di langit ke-7 iaitu Sidratul Muntaha. (Rujuk surah Saba: 15-16, Al-Waqi’ah: 27-33, Al-Najm: 7-18)

Semua bahagian dari pokok ini bermanfaat sebagai ubat sejak turun temurun.

•    Daun
Digunakan sebagai jamu, Syampu herba, merawat kelemumur, kutu, bengkak mata, obesiti, membersih badan dengan dicampur air panas kerana mengandungi disinfeksi dan minyak dari resin deodoran, menghilangkan bau badan, kaya dengan kalsium, ferum dan magnesium.

•    Abu kayu
Digunakan untuk mengubati gigitan ular

•    Buah Sidr
Mengandung enegi yang sangat tinggi

•    Biji
Kaya dengan Protein

•    Akar dan kulit kayu
Digunakan sebagai jamu, ubat perut, ubat batuk.

Madu sidr

Madu Sidr dari Hadramaut Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini. Bahkan penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh dalam jangka masa panjang.

Madu Sidr dan Summur yang asli, yang lebahnya tidak diberi minum air gula juga bersifat antibiotic, antiseptic dan antifungal, berbeza dengan madu-madu jenis lain yang menurut kajian, tidak semuanya memiliki sifat unik ini.

Disokong kajian oleh Tala Alandejani, MD, di University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa:

•    Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
•    Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
•    Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.

Salah satu zat terpenting dalam madu adalah “PHYTOCHEMICALS” dari pelbagai jenis tumbuhan, bergantung dari mana lebah memperoleh nektarnya untuk menghasilkan madu. Phytochemicals adalah nama umum zat kimia semulajadi yang aktif secara biologi yang berasal dari tumbuhan. Zat inilah yang antara lain berperanan aktif membuat Madu memiliki pelbagai khasiat pengubatan.

Madu Sidr Hadramaut Yaman lebih baik dan mahal dari jenis madu-madu lain di pasaran kerana perbezaan kandungan, manfaat penyembuhan, nilai nutrisi serta rasa dan aroma yang unik yang tidak dapat dilupakan.


Layari laman Facebook kami: www.facebook.com/makananislam
SMS/WhatsApp/LINE/Viber: 0105164318
Email: tanjungkota13@gmail.com