Madu Sidr dan Summur dari Lembah Hadramaut dikatakan sebagai
madu terbaik dan termahal di dunia serta mendapat permintaan yang cukup tinggi
dari seluruh pelusuk dunia kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis
penyakit.
Madu Sidr dan Madu Summur kedua-duanya adalah madu
mono-floral di mana lebah-lebah madu Sidr hanya menghisap nektar bunga
Sidr, manakala lebah-lebah madu Summur hanya menghisap nektar dari bunga Summur
(atau samrah). Ia tidak mengambil nektar dari bunga-bunga lain, berbeza dengan
madu poly-floral yang lebah-lebahnya menghisap nektar dari pelbagai jenis
bunga.
Dari segi kualiti dan khasiat, madu monofloral adalah lebih baik,
dan jumlah madu yang dihasilkan juga agak terhad menjadikan harganya lebih mahal berbanding
madu-madu asli yang lain. Warna dan aroma madu sangat bergantung pada nektar bunga yang menjadi makanan sang lebah.
Penghasilan madu Sidr dan Summur di Lembah Hadramut dilakukan secara tradisional sepenuhnya sejak ratusan tahun dahulu tanpa
menggunakan teknologi moden. Madu yang dihasilkan tidak diproses dan tidak ditambahkan dengan bahan-bahan lain bagi mengekalkan khasiat dan memastikan keaslian dan
ketulenan madu.
Lebah-lebah tidak diberi minum air gula atau antibiotik
seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan penternak madu di tempat lain. Penternak lebah moden biasanya memberi air gula kepada lebah bagi
memastikan produktiviti yang cepat dan berterusan, serta bagi mengelakkan lebah 'lari' atau berpindah sarang ke tempat lain. Namun kajian menunjukkan
bahawa tindakan ini menyebabkan khasiat dan bakteria baik yang
sepatutnya ada di dalam madu yang dihasilkan itu hilang.
Madu Sidr dan Summur asli telah popular sejak zaman dulu
sebagai penyembuh pelbagai jenis penyakit, digunakan sebagai ubat-ubatan sejak
sebelum berkembangnya perubatan moden dan farmaseutikal. Madu ini mengandungi kadar
anti-oksida yang sangat tinggi, bahkan aroma dan rasa madu itu sendiri cukup
enak dan sukar dilupakan.
POKOK SIDR / BIDARA / JUJUBE
Pohon Sidr juga dikenal dengan sebutan sebagai pohon Lote,
Jujube, Christ's Thorn, pohon Nabkh. Ia adalah sejenis pohon bidara. Nama Botanicalnya adalah
Ziziphus Spina-Christi merupakan sebuah pohon tua. Dikatakan bahawa buah Sidr
adalah buah pertama yang dimakan oleh Nabi Adam 'alaihissalam ketika diturunkan ke bumi (wallahu
a’lam, sila semak).
Pokok Sidr ini dikatakan sebagai pokok yang suci dan
disebutkan sebanyak empat kali di dalam Al-Quran, misalnya dalam Surah Saba
disebut sebagai pohon di bumi, manakala dalam Surah Al-Najm disebut sebagai
pohon di Syurga yang paling tinggi di langit ke-7 iaitu Sidratul Muntaha. (Rujuk
surah Saba: 15-16, Al-Waqi’ah: 27-33, Al-Najm: 7-18)
Semua bahagian dari pokok ini bermanfaat sebagai ubat sejak
turun temurun.
• Daun
Digunakan sebagai jamu, Syampu herba, merawat kelemumur, kutu,
bengkak mata, obesiti, membersih badan dengan dicampur air panas kerana
mengandungi disinfeksi dan minyak dari resin deodoran, menghilangkan bau badan,
kaya dengan kalsium, ferum dan magnesium.
• Abu kayu
Digunakan untuk mengubati gigitan ular
• Buah Sidr
Mengandung enegi yang sangat tinggi
• Biji
Kaya dengan Protein
• Akar dan kulit
kayu
Digunakan sebagai jamu, ubat perut, ubat batuk.
Madu sidr
Madu Sidr dari Hadramaut Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding
anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini. Bahkan penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza
dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh
dalam jangka masa panjang.
Madu Sidr dan Summur yang asli, yang lebahnya tidak diberi
minum air gula juga bersifat antibiotic, antiseptic dan antifungal, berbeza
dengan madu-madu jenis lain yang menurut kajian, tidak semuanya memiliki sifat unik ini.
Disokong kajian oleh Tala Alandejani, MD, di University of
Ottawa (Canada) menemukan bahawa:
• Keberkesanan Madu
Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus)
mencapai 63%.
• Keberkesanan Madu
Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus)
mencapai 73%.
• Keberkesanan Madu
Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.
Salah satu zat terpenting dalam madu adalah “PHYTOCHEMICALS”
dari pelbagai jenis tumbuhan, bergantung dari mana lebah memperoleh nektarnya
untuk menghasilkan madu. Phytochemicals adalah nama umum zat kimia semulajadi
yang aktif secara biologi yang berasal dari tumbuhan. Zat inilah yang antara
lain berperanan aktif membuat Madu memiliki pelbagai khasiat pengubatan.
Madu Sidr Hadramaut Yaman lebih baik dan mahal dari jenis
madu-madu lain di pasaran kerana perbezaan kandungan, manfaat penyembuhan, nilai
nutrisi serta rasa dan aroma yang unik yang tidak dapat dilupakan.
![]() |
Layari laman Facebook kami: www.facebook.com/makananislam SMS/WhatsApp/LINE/Viber: 0105164318 Email: tanjungkota13@gmail.com |
No comments:
Post a Comment